Kalian tunggu Khairul Aming, kami tunggu konten Leona!

7 hours ago 2
  • Oleh NUR EMIRA SAIZALI
  • 15 Mac 2025, 10:20 am
Selain konten masakan Khairulaming, Leona juga antara yang mencuri tumpuan Ramadan ini.

JIKA sebelum ini asyik dikecam, kali ini Leona meledak dengan konten memasak pula.

Leona yang kini melanjutkan pelajaran di London, England membuatkan ramai kagum dengan usahanya yang belajar memasak beberapa menu.

Pada awalnya, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mengakui tidak begitu mahir memasak tetapi dia tetap rajin mencuba.

Antara menu yang dihasilkan ialah daging pad kra pao, nasi goreng, pasta dan kek pisang.

Kata netizen, kemahiran memasak Leona akan bertambah bagus kerana dia rajin memasak pelbagai menu.

“Orang lain sibuk dengan Khairul Amin atau Che Sayang tapi saya pilih Leona sebagai cef bulan Ramadan.

“Teringat dulu dia kekok nak goreng telur tapi sekarang sudah pandai,” komen netizen.

Read Entire Article
Pertanian | | | |