Dua rakyat Malaysia dicekup cuba seludup 6,000 biji pil kuda di Sungai Golok

1 week ago 16

KOTA BHARU – Cubaan dua rakyat Malaysia untuk menyeludup sebanyak 6,000 biji pil kuda dengan membawa sepucuk pistol dan peluru sebagai senjata api untuk mempertahankan diri tidak kesampaian apabila mereka dicekup di Sungai Golok, Thailand kelmarin.

Suspek yang bekerja sebagai pemotong ikan berusia 19 tahun dan rakannya merupakan penjual pulut berusia 23 tahun ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam di sebuah jalan di daerah Charoen dekat Sungai Golok.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, pemeriksaan terhadap kereta yang dinaiki suspek membawa kepada penemuan sebanyak 6,000 biji pil kuda.

Menurutnya, selain itu, polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis Baretta, satu magazine dan lapan butir peluru bersaiz sembilan milimeter.

Dua rakyat Malaysia ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup 6,000 biji pil kuda di Sungai Golok, Thailand kelmarin. – Foto IHSAN POLIS SUNGAI GOLOK

“Siasatan awal mendapati, mereka memiliki lebih daripada satu biji pil kuda dan dipercayai terlibat dengan kegiatan sindiket pengedaran dadah.

“Suspek yang pertama didapati memiliki senjata api dan peluru dalam milikan tanpa kebenaran. Selain itu, suspek juga dipercayai masuk ke Thailand secara haram tanpa melalui pusat pemeriksaan, zon, stesen atau imigresen seperti yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jadsadavit memberitahu, suspek kedua pula didapati memiliki kesemua dadah tersebut secara haram dan juga dipercayai masuk ke negara tersebut tanpa kebenaran.

Dua rakyat Malaysia ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup 6,000 biji pil kuda di Sungai Golok, Thailand kelmarin. – Foto IHSAN POLIS SUNGAI GOLOK

Menurutnya, siasatan mendapati, kesemua dadah itu dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia

Tambahnya, kedua-dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |