Dua maut, enam cedera kereta terbabas

3 weeks ago 17
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang maut selepas tercampak ke dalam parit dalam kejadian di Bukit Sabal Tapang, Jalan Serian-Sri Aman pagi tadi.
  • Oleh CHERINE JON
  • 19 Ogos 2025, 4:40 pm

SERIAN – Dua wanita maut manakala enam lagi termasuk seorang bayi lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Bukit Sabal Tapang, Jalan Serian-Sri Aman pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 9.37 pagi melibatkan sebuah kereta Toyota Avanza yang dinaiki lapan orang terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita dan seorang bayi lelaki.

Katanya, akibat kemalangan itu, dua wanita dan seorang lelaki tercampak keluar dari kenderaan, dua lagi wanita masih berada dalam kenderaan dan dua lagi lelaki bersama seorang bayi dikeluarkan oleh orang awam.

“Dua mangsa wanita dewasa berada di dalam parit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Serian.

“Enam lagi mangsa mengalami kecederaan dan dalam keadaan sedar,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan dan Serian yang dikerahkan ke lokasi bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan dan seterusnya menyerahkan kepada paramedik dan polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |