‘Dipukul sejak 2016, anak trauma, dia pegang kunci kurung saya’

3 weeks ago 20

KUALA LUMPUR – Hilang kesabaran dan naik berang dengan sikap Beego yang asyik membuat hantaran berbaur provokasi, pelakon Linda Hashim akhirnya mendedahkan punca sebenar tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan seperti dakwaan suaminya.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata, keputusan itu dibuat kerana bimbang dia dikasari selain anak-anak mereka turut berdepan trauma akibat insiden kekasaran rumah tangga sebelum ini.

“Ada empat sebab kenapa saya tak balik ke rumah selama sembilan bulan. Pertama, saya kena pukul sejak tahun 2016. Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka trauma.

“Ketiga kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan mangga pintu rumah dari luar. Saya ada saksi yang tolong memotong mangga. Selama ini saya diam, sekarang saya beritahu perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Tambahnya lagi , dia turut memiliki laporan polis serta surat perintah larangan menganggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, daripada mendekati dirinya.

“Saya ada laporan polis dan juga perubatan. Walaupun begitu, atas dasar perikemanusiaan, saya masih benarkan dia berjumpa anak-anak,” ujarnya.

Linda turut memberi amaran kepada Beego agar tidak lagi melakukan provokasi terhadap dirinya dan anak-anak.

Tegasnya, dia juga mempunyai pelbagai bukti perbuatan suaminya itu yang yang boleh digunakan di mahkamah.

“Jangan ganggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan sebar fitnah dan manipulasi.

“Jangan tambah-tambah cerita dan provokasi sebab saya langsung tak ganggu hidup dia. Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya provoke.

“Belum lagi saya dedahkan bukti-bukti yang banyak dalam telefon saya. Ini amaran saya!” tegasnya.

Tambah Linda, sejak mereka tidak lagi tinggal sebumbung, dia tidak pernah sekali pun mengganggu kehidupan Beego.

“Kalau dia nak bekerja atau buat siaran langsung, silakan. Saya tak pernah kacau hidup dia.

“Tapi dia pula yang ganggu saya sampai menjejaskan mental saya dan anak-anak. Jadi, untuk apa saya teruskan perkahwinan ini?” luahnya.

Terdahulu pagi ini sesi laporan majlis jawatan kuasa pendamai (JKP) gagal menemui jalan setakat selepas Beego tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tidak sihat.

Hakim kemudian meminta agar Linda memfailkan pengesahan taklik selepas mendapati terdapat perbuatan itu di dalam hasil laporan. Mahkamah menetapkan kes akan bersambung pada 22 Oktober depan. KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |