‘Dakwaan cucu TYT dalam kes Zara, tidak ada sama sekali’

3 weeks ago 19
Saifuddin sewaktu di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto kredit Jabatan Penerangan
  • Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
  • 18 Ogos 2025, 2:13 pm

KUALA LUMPUR – Siasatan polis ke atas kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, mendapati ia tiada kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua yang juga isteri seorang menteri, seperti dakwaan segelintir pihak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, dapatan tersebut selepas pihak polis mengambil keterangan seramai 195 saksi sepanjang siasatan kes kematian Zara Qairina.

“Timbul beberapa kenyataan seperti yang terlibat cucu TYT, pengetua isteri kepada menteri, cara mati didera dalam mesin basuh, keadaan itu dah jadi toksid. Siasatan polis tidak menemui semua perkara itu.

“Tak ada sama sekali selepas ambil keterangan 195 saksi, setiap tindakan polis, pihak sekolah, perubatan adalah berdasarkan maklumat ketika itu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |