Agong terima mengadap KPN, bincang keselamatan negara

14 hours ago 7
Mohd. Khalid ketika menghadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 31 Disember 2025, 12:58 pm

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat berkaitan hal ehwal keselamatan negara oleh Mohd. Khalid.

Pertemuan berkenaan berlangsung dalam suasana tertutup dan penuh tertib memandangkan Sultan Ibrahim juga merupakan Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Pertemuan itu mencerminkan komitmen berterusan Istana Negara dalam memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam negara sentiasa berada pada tahap terbaik. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |