PUTRAJAYA – Syarikat ACE Cabinet Design Marketing Sdn. Bhd. menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori pemasangan kabinet Super EO terbanyak dalam tempoh setahun, selepas berjaya memasang sebanyak 3,193 kabinet jenis itu sepanjang tahun 2024.
Pengarah ACE Cabinet Design, Boo Wai Ping berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha berterusan pasukannya sejak penubuhan syarikat pada tahun 2015.
“Kami bermula dengan sebuah kilang kecil, dan menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekura ngan pekerja, bahan serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid19.
“Pada awal penubuhan, kabinet kami kurang mendapat sambutan kerana tiada nilai jualan unik yang bagus, sebelum kami mengubah papan yang digunakan kepada gred E1 pada 2021 dengan slogan ‘Creating Eco-Friendly Home’.
“Kami kemudiannya menaik taraf papan digunakan kepada gred Super E0 pada 2023 yang membolehkan syarikat berkembang menjadi peneraju dalam pemasangan kabinet Super E0 di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan ACE Cabinet Design 2026 baru baru ini.
Pengarah ACE Cabinet Design, Boo Wai Ping, Leong Chee Wei dan Soh Shiang Long bergambar bersama kakitangan pada majlis makan malam tahunan syarikat di Hotel Everly Putrajaya, baru-baru ini.Kabinet Super E0 adalah penyelesaian perabot dapur dan rumah yang mementingkan kesihatan, menggunakan papan dengan pelepasan formaldehid ultraren dah (gred E0) yang menjadikan nya lebih mesra alam, selamat dan tahan lama.
Material berkenaan sangat sesuai untuk dapur, bilik kanak kanak dan pejabat kerana rinta ngannya terhadap kelembapan, haba serta calar.
Mengulas lanjut, Wai Ping berkata, dalam tempoh antara tahun 2015 dan 2018, syarikat telah berdepan pelbagai cabaran besar termasuk sumber manusia yang terhad, namun ia dijadikan papan lonjakan buat mereka berkembang ke tahap lebih tinggi.
Jelasnya, dalam usaha mempromosikan produk, ACE Cabinet Design mula memanfaatkan media sosial untuk menjual kabinet secara dalam talian.
Kami cuba mewujudkan kesedaran dalam pasaran mengenai manfaat penggunaan papan E1 dengan pelepasan formaldehid rendah kerana ia diklasifikasikan sebagai bahan karsinogen (penyebab kanser).
“Usaha ini banyak dibantu langkah kerajaan yang menetapkan piawaian E1 sebagai standard minimum pelepasan formaldehid bagi produk panel kayu dalam projek kerajaan pada 2024, sedangkan kami telah bergerak untuk menggunakan gred Super E0 yang lebih baik sejak tahun 2023 lagi dan mewujudkan bilik pameran Super E0 yang pertama.
“Strategi ini berjaya memperkukuhkan daya saing ACE Cabinet Design dalam industri,” ujarnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penjual yang membantu memasarkan produk syarikat serta pelanggan yang memilih kabinet Super EO sebagai piawaian keselamatan tertinggi di rumah masing-masing.
Melangkah ke hadapan, ACE Cabinet Design bakal menerapkan inovasi terkini termasuk penggunaan kecerdasan buatan, mesin CNC (computer numerical control), PUR dan kilang berasaskan pengko muteran awan.
“Perubahan berterusan adalah kunci kejayaan syarikat. Kami akan terus membuat penambahbaikan dan penyesuaian bagi menghadapi cabaran baharu,” katanya.
Sebarang maklumat dan keterangan lanjut, boleh layari https://acecabinetdesign.com.my/

2 hours ago
1












![[VIDEO] Seorang maut, tiga cedera dirempuh pemandu Myvi disyaki ‘microsleep’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-10-at-9.22.39-PM.jpeg)



































