845 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Sabah

2 weeks ago 18
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 18 Januari 2025, 3:46 pm
Situasi banjir yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

KOTA KINABALU – Seramai 845 penduduk membabitkan 276 keluarga di dua daerah kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri menerusi kenyataannya memaklumkan Pitas mencatat angka tertinggi iaitu 784 mangsa daripada 259 keluarga dan kini ditempatkan di tujuh PPS.

“Paitan pula mencatatkan 61 mangsa daripada 17 keluarga ketika ini. Dalam pada itu, sebanyak 19 kawasan terlibat banjir di Pitas dan tiga kampung di Paitan,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |