560 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu

1 month ago 21
  • Oleh NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
  • 29 Disember 2024, 8:37 pm
Antara kawasan terjejas banjir hari ini

PETALING JAYA – Seramai 560 mangsa banjir terdiri daripada 166 keluarga direkodkan setakat pukul 8 malam ini.

Negeri yang terjejas adalah Kelantan dan Terengganu.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 389 orang daripada 118 keluarga.

Kesemua mangsa ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Tanah Merah.

Terengganu pula mencatatkan seramai 171 mangsa daripada 48 keluarga. Sebanyak 5 PPS dibuka di Hulu Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |