29 pintu rumah panjang Austin Ikew ranap terbakar

3 weeks ago 22
Sebanyak 29 pintu di rumah panjang (Rh) Austin Ikew, Jalan Song, Temalat, Nanga Sungai Sipan ranap dalam kebakaran awal pagi tadi.
  • Oleh CHERINE JON
  • 28 September 2025, 2:22 pm

SONG – Kesemua 29 pintu di rumah panjang (Rh) Austin Ikew, Jalan Song, Temalat, Nanga Sungai Sipan di sini ranap dalam kebakaran pada awal pagi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 4.21 pagi dan pasukan dari BBP Song dan BBP Kapit segera dikerahkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati rumah panjang 29 pintu tersebut telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Song membuat pemadaman menggunakan satu pam angkut 200 kaki satu nozel dan pam jentera 200 kaki dua aliran salur bantu mula,” katanya dalam kenyataan.

Katanya ketika ini, pasukan bomba sedang membuat kerja-kerja ‘overhaul’.

Bagaimanapun, setakat ini bilangan penduduk yang terjejas belum dipastikan namun kesemua mereka adalah selamat.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |