2 suspek direman kes lelaki maut diserang dekat restoran

11 hours ago 7
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi, petang tadi. Foto DANIAL SAAD/ KOSMO!
  • Oleh DANIAL SAAD
  • 31 Disember 2025, 3:51 pm

SEBERANG PERAI – Dua lelaki direman tujuh hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di sebuah restoran di Sungai Bakap di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Jawi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 36 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 1.40 petang dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan diwakili peguam, A. Mahesh.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |