Warga emas ditemui lemas dalam longkang depan rumah

2 weeks ago 17
Seorang wanita warga emas ditemui lemas di dalam longkang di Kampung Pida 12 Lama, dekat Jitra hari ini. - Foto ihsan JBPM KEDAH
  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 4 Oktober 2025, 7:42 pm

JITRA – Seorang wanita warga emas yang dipercayai hilang sejak semalam ditemui lemas di dalam longkang besar di hadapan rumahnya di Kampung Pida 12 Lama, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.46 tengah hari tadi.

Katanya, komander operasi melaporkan jentera mengalami kesukaran untuk ke lokasi kerana laluan yang agak sempit.

“Sebaik tiba di lokasi, jasad seorang wanita warga emas berusia 88 tahun yang dipercayai hilang sejak semalam ditemui timbul oleh orang awam dalam longkang besar berkenaan.

“Kita kemudian menaikkan mangsa dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |