Haaland tambah koleksi kereta mewah

3 hours ago 1

MANCHESTER – Penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland menambah koleksi kenderaan mewah apabila tampil dengan ‘supercar’ baharu iaitu sebuah Lamborghini Huracan Sterrato berwarna hijau matte yang dianggarkan bernilai kira-kira £250,000 (RM1.4 juta).

Bintang berusia 25 tahun itu dirakam meninggalkan pusat latihan City di Manchester dengan ‘supercar’ edisi terhad itu yang hanya dikeluarkan sebanyak 1,499 unit di seluruh dunia sejak mula dipasarkan pada Februari 2023.

Huracan Sterrato dilengkapi enjin 5.2 liter V10 berkuasa 602 kuasa kuda, mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam dalam masa 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 260 km/j dan direka khas untuk pemanduan lasak di luar jalan raya.

Lamborghini Huracan Sterrato

Bagi Haaland yang menerima gaji lumayan £500,000 (RM2.83 juta) seminggu, kenderaan mewah bukan lagi perkara baharu selepas koleksi garajnya kini dianggarkan bernilai jutaan pound dengan barisan jentera yang memukau.

Antaranya, Aston Martin DBX 707 bernilai RM1.9 juta, Rolls-Royce Cullinan (RM1.69 juta) dan Porsche 911 GT3 (RM906,451) selain turut dilihat mengemudi jentera Bugatti bernilai £4 juta (RM22.6 juta) dengan kelajuan tertinggi 277 batu sejam pada Mac lalu.

Bukan itu sahaja, Haaland pernah dilihat memandu Ferrari 812 Competizone Aperta edisi terhad bernilai RM 10 juta dan trak Shelby Super Snake F-150 bernilai RM1.13 juta yang digunakan ketika ke kompleks latihan City.

Di sebalik gaya hidup mewah, Haaland terus membuktikan taringnya di padang apabila menjaringkan 11 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tiga lagi dalam Liga Juara-Juara musim ini, seiring statusnya sebagai pemain kelima berpendapatan tertinggi dunia. – KOSMO! ONLINE

Antara koleksi kenderaan mewah dimiliki oleh Haaland:

Mercedes AMG One

Aston Martin DBX 707

Porche 911 GT3

Rolls-Royce Cullinan

Mercedes Maybach

Shelby Super Snake F-150

Read Entire Article
Pertanian | | | |