‘Dah 10 tahun, dalam keluarga saya seorang boleh ‘lihat’’

3 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Pelakon Zara Zya mendedahkan menjadi mangsa gangguan mistik sejak 10 tahun lalu sehingga menganggu kehidupan sehariannya.

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata, lebih satu dekad mengalami gangguan tersebut membuat dirinya sudah lali selain enggan mengulas sama ada ‘dihantar’ individu lain atau sebaliknya.

“Sudah lebih 10 tahun dan situasi yang saya lalui. Sebenarnya seram sebab rupa ‘dia’ buruk tapi dia sama saja makhluk Allah SWT.

“Apa yang dikongsikan dalam Threads itu adalah pengalaman ‘benda’ itu ada di kawasan rumah dan selalu teman saya memasak sehingga sampai satu tahap rasa ‘woi tepi, sudah-sudahlah!’

“Waktu potong bawang, mata akan jadi pedih berkali-kali ganda pedih tau, macam buta, jadi waktu itu ‘dia’ ada,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran program Ramadan Astro di sini, semalam.

Tambahnya, situasi yang dialaminya ketika ini semakin baik berbanding sebelum ini apabila gangguan tersebut kerap menghantuinya setiap masa dan lokasi yang dia berada.

“Dulu lagi teruk sebenarnya, memang nampak lagi jelas sehingga kedai kegemaran pun saya tak boleh nak pergi.

“Sekarang ini alhamdulillah semakin baik tapi sekejap ada, sekejap tiada cuma kita tak sepatutnya takut pada gangguan tersebut sebab kita makhluk lebih mulia.

“Apa yang saya boleh cakap, memang gangguan mistik dan dalam keluarga memang hanya saya sahaja yang boleh lihat. Tak berani nak cakap orang ‘hantar’ atau sebaliknya sebab kalau boleh tidka mahu berkongsi terlalu mendalam mengenainya” ujarnya.

Ditanya sama ada pernah berusaha untuk memulihkan situasi, dia menegaskan pelbagai cara sudah dilakukan dalam tempoh 10 tahun lalu.

“Macam-macam ikhtiar sudah saya lakukan, kalau kita sakit luka pun pergi klinik, apatah lagi jadi begini. Jumpa ustaz dan pakar psikiatri smua sudah dilakukan.

“Cuma mungkin Allah belum izinkan untuk sembuh sepenuhnya. Sekarang sihat alhamdulillah, tapi untuk sembuh sepenuhnya itu ambil masa.

“Sejak alami gangguan ini, saya banyak amalkan zikir dan perkara yang mendekatkan diri pada Tuhan, itu sahaja yang saya lakukan kalau orang tanya tentang pendinding diri,” katanya lagi.

Terdahulu, Zara dalam Threads berkongsi pengalaman misteri dengan mendakwa kerap berdepan gangguan berupa bayang-bayang di dalam rumahnya sendiri.

Katanya, dia boleh melihat entiti lain disebabkan hijabnya yang terbuka dan perkara tersebut bukan pertama kali dialami, sebaliknya sudah bertahun-tahun berdepan insiden serupa. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |