Vietnam berhentikan 80,000 kakitangan awam 

1 day ago 7

HANOI – Parlimen Vietnam meluluskan rancangan menggabungkan keseluruhan wilayah dan bandar di negara itu dalam langkah drastik yang akan mengurangkan hampir 80,000 kakitangan awam, sebagai sebahagian daripada revolusi struktur pentadbiran negara.

Anggota-anggota Parlimen mengundi meluluskan pengurangan 63 wilayah dan bandar utama di Vietnam kepada hanya 34 bagi mengurangkan perbelanjaan negara secara radikal.

Langkah itu dibuat selepas kerajaan memotong bilangan kementerian dan agensi daripada 30 kepada 22 pada Februari lalu, menyebabkan 23,000 kakitangan hilang pekerjaan.

Pemimpin tertinggi Vietnam, To Lam berkata, penyusunan semula tadbir urus negara secara  itu perlu bagi mencapai ‘pembangunan yang cepat, stabil dan mapan’.

Dalam sesi undian hari ini, Parlimen dalam sistem satu parti meluluskan rancangan kerajaan itu dengan 461 undi menyokong berbanding cuma satu menolak dan  tiga berkecuali.

Hanya 11 wilayah dan bandar tidak berubah dalam reformasi itu, manakala selebihnya semuanya digabungkan.

Menteri Dalam Negeri, Pham Thi Thanh Tra berkata, langkah itu merupakan ‘revolusi terbesar sejak Vietnam diasaskan’ pada tahun 1945.

“79,339 kakitangan perlu sama ada berhenti kerja atau memohon persaraan awal berikutan penggabungan ini,” kata Tra kepada Parlimen.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu AFP bahawa dia ‘terkejut dan sedih’ kerana perlu melepaskan jawatan selepas lebih 30 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Saya mungkin menerima berbilion-bilion dong sebagai pampasan tetapi saya tidak gembira. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang walaupun saya masih cergas sepenuhnya untuk bekerja,” kata ahli parti komunis berusia 58 tahun itu, yang bercakap dengan syarat namanya  disiarkan. – AFP 

Read Entire Article
Pertanian | | | |