Kerajaan sedia bantu ringankan beban hutang KPDRM – PM

19 hours ago 7

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia membantu meringankan beban hutang yang ditanggung Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, namun menegaskan ia bukan bermaksud semua hutang akan dilupuskan begitu sahaja.

“Saya difahamkan ada permohonan untuk lupuskan hutang, tetapi saya fikir tak wajar untuk hapus semua. Namun, melihat kepada prestasi baik pengurusan koperasi dan PDRM, kita boleh bagi pengecualian atau potongan yang munasabah.

“Saya juga akan minta Menteri Kewangan cari jalan lain untuk bantu. Contohnya, satu projek yang bakal beri manfaat kepada 100,000 anggota polis. Itu saya boleh jamin.

“Selepas ini kita akan adakan pertemuan dengan koperasi untuk teliti segala butiran supaya bantuan dapat disalurkan dengan lebih tepat,” katanya dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM Berhad Kali Ke-90, di sini hari ini.

Anwar berkata, perkara itu dibangkitkan selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memohon agar hutang melibatkan premis Kolej UNIKOP Cyberjaya kepada Cyberview Sdn. Bhd. bagi tahun 2024 dihapus kira.

Menurutnya, laporan penuh perlu dikemukakan oleh Koperasi PDRM kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dirinya sendiri sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, proses pelupusan persetujuan sedang dibincangkan dengan anak syarikat Menteri Kewangan diperbadannya dalam pembuatan keputusan.

“Kadang-kadang apabila maklumat itu tidak sepenuhnya, pengurusan membuat keputusan yang kurang tepat,” jelasnya.

Beliau berkata, tempoh tahun hutang 2019 melibatkan beberapa urus niaga yang dilaksanakan terdahulu disebabkan kekangan ataupun ketirisan dalam pengurusan.

“Kita dalam proses ‘debts’ yang itu kita ‘request’ untuk anak syarikat Menteri Kewangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |