[VIDEO] Dalila sempat edit video untuk pembentangan

18 hours ago 6

PETALING JAYA – Rakan kepada mangsa nahas Nur Dalila Farhana Mohamad Isma yang terkorban melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdepan detik sukar apabila terpaksa meneruskan tugasan tanpa kehadiran ahli kumpulan yang lengkap.

Menerusi satu perkongsian oleh Bunga Melati, memaparkan rakan-rakan arwah tidak dapat menahan sebak ketika membuat pembentangan tugasan berkumpulan, mengenangkan pemergian Nur Dalila yang tidak sempat menamatkan perjuangan akademiknya bersama mereka.

Difahamkan, Nur Dalila, 21, sempat menyunting dan menggabungkan video tugasan rakan-rakannya serta menyerahkan hasil akhir tugasan tersebut sehari sebelum sambutan Aidiladha.

“Terima kasih rakan-rakan assignment (tugasan) saya yang present (pembentangan) dekat depan. Sumpah saya tidak mampu berkata-kata.

“Untuk Dalila, terima kasih juga untuk segalanya sebab edit video assignment kita semua. Sempat dia hantar video itu sehari sebelum raya,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip berkenaan.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen menyifatkan usaha terakhir Nur Dalila itu sebagai tanda ihsan dan kenangan bermakna yang ditinggalkan kepada rakan-rakannya sebelum dia pergi buat selamanya.

“Arwah memang sudah rasakan dia akan pergi buat selamanya. Sebab itu, dia siapkan semua ini untuk kawan-kawannya. Dia memang merupakan kawan yang baik kepada kawan yang lain. Semoga dikurniakan syurga tanpa hisab buatnya,” komen Aleepde.

“Ya Allah.. Dia permudahkan semua urusan kawan-kawan dia sebab dia tahu dia sudah nak ‘pergi’. Nama secantik arwah, setiap kali lalu video tentang pelajar UPSI saya tidak mampu berhenti menangis,” kata Syu.

Sementara itu, ramai dalam kalangan netizen turut menzahirkan kata-kata semangat buat rakan-rakan arwah agar terus kuat meneruskan perjuangan.

“Semoga awak terus kuat. Kena tamat belajar dengan cemerlang ye. Hadiah untuk arwah yang sama-sama berjuang,” ujar Yatie Abdullah.

“Dik, mula-mula memang susah. Tapi pelan-pelan adik fikir macam ini. Dia tidak hilang, dia cuma pulang, pulang kepada Tuhan dalam keadaan terbaik. Insyaallah pelan-pelan luka itu akan sembuh. Kenanglah memori yang baik-baik sahaja dengan arwah kawan-kawan,” balas Mutiara Putih. -KOSMO! ONLINE

@intnminn thankyou untuk segalanyaa dalila sebab edit video assignment kita semua 😭🥀 sempat dia hantar video tu sehari sebelum raya ❤️#upsiberduka #nahasbasupsi #nurdalilafarhana #alfatihahbuatmu ♬ Bintang Syurga – UNIC
Read Entire Article
Pertanian | | | |