[VIDEO] ‘Tidak kira 100 rekod lampau, itu dia punya pasal’

14 hours ago 5

PETALING JAYA – “Pemuda UMNO bela abang belon bukan sebab 13 rekod lampau, tapi kita bela atas kezaliman terekod rhadap dirinya,” tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Menerusi video dimuat naik pada Facebook, beliau membidas segelintir pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada Pemuda UMNO atas tindakan mahu membela abang belon.

“Berbondong-bondong pentaksub keluar tuduh Pemuda UMNO ‘bodohlah, tak selidik latar belakang lah’. Kita bela atas kezaliman berlaku kepada dirinya ketika dia nak berniaga, diperlakukan seperti binatang, tak ada maruah.

“Atas sebab itu Pemuda UMNO bela, bukan sebab jenayah rekod lampau. Kalau ikutkan pentaksub, orang yang ada rekod lampau ini bolehlah dizalimi sampai bila-bila.

“Siapa pun 100 rekod lampau sekalipun, itu tidak memberikan lesen kita untuk menzalimi dan cederakan abang belon begitu,” katanya pada video tersebut.

Beliau berkata, Pemuda UMNO akan kekal konsisten untuk membela dan memberikan keadilan kepada abang belon.

“Pentaksub ini bukan main hina abang belon. Cuba bayangkan ada anak menteri, anak tauke besar ada rekod lampau kesalahan dadah atau ganja, kamu diam membisu. Orang miskin, orang jual belon ini kamu kutuk hina habis-habisan.

“Tidak kira dia ada 100 rekod lampau, itu dia punya pasal. Kita bela atas sebab ketidakadilan dan kezaliman,” katanya.

Kosmo! melaporkan, dua daripada tiga kertas siasatan berhubung insiden membabitkan abang belon dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) baru-baru ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Selain itu sumber dipetik berkata, semakan rekod lampau terhadap penjaja penjual belon itu mendapati lelaki berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah lampau. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |