PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila berkongsi video persembahan artis popular Korea Selatan, G-Dragon di TikTok beliau, malam tadi.
Menerusi perkongsian hantaran itu, Anwar berkata ramai peminat K-Pop di Malaysia memintanya berkongsi persembahan bintang ternama tersebut yang dipercayai berlangsung sempena Majlis Malam Malam Gala APEC 2025 (APEC).
“Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini. Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat,” ujarnya.
Hantaran tersebut turut menggunakan tanda pagar #APEC2025 dan #KpopForever, sekali gus menunjukkan keterlibatan Malaysia dalam acara bertaraf antarabangsa dengan kehadiran ikon global seperti G-Dragon.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke APEC di Republik Korea untuk memperkukuh dua hala yang konstruktif serta kerjasama ekonomi global.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian peminat yang teruja melihat pemimpin negara turut meraikan budaya pop Korea, selain memperlihatkan sisi santai beliau sebagai seorang pemimpin.
“Terima kasih PMX. Kalau boleh nak minta tolong PMX untuk beri keutamaan kepada peminat tempatan sekiranya G-Dragon buat konsert di sini,” komen @Deeyana.
“Macam ayah-ayah kita cuba melayan nak tunaikan permintaan anak,” komen @Gwentea5.
“Terima kasih PMX! Tolong bisik dekat G-Dragon, BIGBANG 2026 in Kuala Lumpur dan proses pembelian tiket kena pakai kad pengenalan,” komen @Nananotour – KOSMO! ONLINE
@anwaribrahimofficial Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini. Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat. #APEC2025 #KpopForever ♬ original sound – Anwar Ibrahim
12 hours ago
1






![[VIDEO] ‘Macam mana jari kau boleh masuk situ kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-01-at-5.04.16-PM.jpeg)









![[VIDEO] ‘Adik tak sihat, dia nampak seperti suami dok panggil dan ejek’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Marliana.jpeg)
![[VIDEO] Selepas ‘pesta kerang’, kini siput beliung serbu Pantai Permatang Pasir](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/siput-beliung.jpeg)






























