[VIDEO] ‘Tengah panas dukung anak, semoga dimurahkan rezeki’

1 day ago 6

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berkongsi rezeki dengan mengedar tembikai kepada pengguna jalan raya yang menempuh kesesakan di satu laluan di Setiu, Terengganu.

Menerusi video yang dikongsikan Azahir Jamaluddin di TikTok, ia memaparkan seorang ahli keluarga tersebut mengagihkan pinggan tembikai kepada setiap kenderaan yang lalu di situ.

Dalam video sama, kelihatan seorang wanita mengendong anaknya sambil menghulurkan pinggan berisi tembikai dan disambut isteri Azahir.

Lelaki itu turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga tersebut yang sudi berkongsi rezeki bersama pengguna jalan raya.

“Terima kasih orang baik,” katanya menerusi kapsyen.

Orang ramai turut memuji sifat murah hati keluarga tersebut, malah ada juga berkongsi cerita menerima tembikai.

“Tengah panas dengan dukung anak lagi. Alahai, semoga dimurahkan rezeki selalu dan selamat tiba buat penerima tembikai,” kata Mardina Yusof.

“Saya dari Perak, dapatlah (tembikai) semalam. Datang Terengganu untuk memancing,” kata @black rinjing.

“Patut pun tembikai murah sangat sekarang ni. Rupa-rupanya Allah nak kita berbahagi rezeki dan sama-sama menikmati rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah, terima kasih orang baik. Moga dimurahkan rezeki selalu,” ujar Abezul. – KOSMO! ONLINE

@greenmandiy89 TERIMA KASIH ORANG BAIK #rayapantaitimur #murahrezeki #tembikaifree #terengganu #terimakasihorangbaik ♬ original sound – Kedai dYoyo
Read Entire Article
Pertanian | | | |