PETALING JAYA – “Suara (macam) Anuar Zain, muka Khairul Aming”.
Itu antara komen-komen orang ramai mengenai seorang guru yang memiliki suara seperti penyanyi popular, Anuar Zain.
Mendendangkan lagu Sedetik Lebih, guru berkenaan dilihat mempersembahkan lagu itu dengan suara yang merdu dan penuh penghayatan menerusi video dikongsikan pengguna media sosial, @Zainul Rashidi.
Lelaki itu turut berkongsi di ruangan komen bahawa guru tersebut bertugas di Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor dan juga berasal dari negeri berkenaan.
Video hantarannya itu mengundang kekaguman orang ramai yang tidak putus-putus memujinya.
“Anugerah Allah, suara ‘sebiji’ Anuar Zain. Kena jumpakan dengan penyanyi asal ni,” kata @Norazahothman3.
“Jimat duit sekolah tak payah jemput artis datang kalau ada apa-apa acara sebab dekat sekolah dah ada cikgu yang berbakat menyanyi,” ujar @Rosnah Ahmad.
“Wah, kembar Anuar Zain! Nak autograf, cikgu. Terbaik,” komen netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE
@zainulrashidi Cikgu Anuar Zain #anuarzain #persembahanguru #bersara #fyp #viral ♬ original sound – Zainul Rashidi
3 weeks ago
30




![[VIDEO] ‘Nasib tak kena lempang dengan bomba’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-19-at-10.52.09-AM.jpeg)












































