[VIDEO] Selamba angkut kabel di tepi jalan

19 hours ago 7

PETALING JAYA – Ketika kebanyakan orang sibuk bekerja, sekumpulan individu dipercayai mengambil kesempatan menjalankan kegiatan mencuri kabel di tepi jalan dalam kejadian yang dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum tular di TikTok.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dilihat berhenti di bahu jalan sebelum beberapa individu keluar dan mengangkat objek dipercayai kabel ke dalam kenderaan tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan Liberty Arc, Ampang pada 4 Jun lalu.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai kejadian tersebut di ruangan komen.

“Tapi report (aduan) dekat TM pun macam tak ambik kisah pun kabel tu. Dua tiga hari baru mai tengok tempat kejadian.. tapi kawasan saya kerja la,” dakwa @srollNizam.

“Dulu pernah ikut tim jaga kabel TM ni biasanya ada penggera berbunyi bila kabel kena potong dan bunyi penggera di telefon petugas,” kata Nordin Selamat

“Pasti kereta tu dah tertunggak beberapa bulan tu macam sesak sangat cari duit pakai bayar,” tulis @Josephkey.

Kosmo! kini masih cuba mendapatkan pengesahan pihak polis berkenaan kes ini. – KOSMO! ONLINE

@aiman1601 (4Jun2026) Tengah hari pacak pn buat job 😵‍💫 #tm #telekommalaysia #pdrm #polisdirajamalaysia #infosemasa ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Read Entire Article
Pertanian | | | |