PETALING JAYA – Seorang lelaki mengalami kerugian selepas keretanya ditendang hingga kemik oleh ‘rider’ (penghantar makanan) yang berang apabila ditegur menunggang secara berbahaya.
Hantaran @Shazrinwahid di TikTok memaparkan penghantar makanan itu melawan arus dan menyelit secara berbahaya.
“Bila hon sikit suruh alert (berjaga-jaga) mengamuk suruh turun untuk bergaduh. Bila kita ni malas layan, ditendang pula sampai kemik kereta saya,” katanya.
“Bila kita dah turun, lari pula. Sesiapa kenal, maklumkan kepada saya nak kenal lebih mendalam,” tambahnya.
Tindakan agresif yang ditunjukkan oleh penghantar makanan tersebut meraih kecaman orang ramai dan menyaran pemilik akaun tersebut membuat laporan polis dengan segera kerana bukti video sudah ada.
“Buat ‘report’ (laporan) polis ja abang jangan tunggu,” komen @Khairulariffin827.
“Buat laporan polis. Sekejap ja nanti menangis-nagis mintak maaf dekat balai. Paling penting, jangan tarik ‘report’. Biar dia naik mahkamah,” kata @Ceritahairi.
“Nombor plat dah dapat. Pergi buat laporan polis. Itu ja (cara) nak ajar dia,” @Biar_gambar_berbicara. – KOSMO! ONLINE
@shazrinwahid ingtkan fighter sgt, dah la bawa motor lawan arus jalan one way sempit, menyelit time kereta tengah bergerak, sikit lagi nak cium bumper, bila hon sikit sruh alert, mengamuk suruh turun gaduh, bila kita ni malas layan, ditendang sampai kemek kereta suruh turun juga ajak gaduh, bila kita dah turun, larikkk pulak sapa2 kenal inform, teringin nak kenal lebih mendalam lokasi Ipoh perak #rah1058 #grabfood #dashcam ♬ original sound – Shazrin Wahid