[VIDEO] Pokok buluh kuning, kelapa gading, ciku kegemaran ‘makhluk halus’

3 hours ago 4

PETALING JAYA – Pokok buluh kuning, ciku dan kelapa gading apabila ditanam di halaman rumah, ia didakwa boleh menjadikan kawasan kediaman seolah-olah usang, bahkan dikatakan menjadi kegemaran kepada ‘makhluk halus’.

Menerusi perkongsian seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Jamil Ahmad pada TikToknya, dia menceritakan pengalaman sepanjang 40 tahun mengendalikan kes berkaitan kejadian rasukan syaitan dengan ada daripada mereka mempunyai tanaman pokok berkenaan di rumah.

“Pengalaman-pengalaman saya apabila pergi rumah tersebut yang selalu berlaku kerasukan, kenapa pokok-pokok kuning ni? ‘Dia’ suka duduk di pokok kuning, seperti buluh kuning.

“Hati-hati dengan buluh kuning, nanti pakat tebas semua di halaman rumah. Lagi satu pokok kelapa gading, kerana apa? Saya tak tahu. Pokok ciku atau di Kedah ini kami panggil pokok sawa. Kita lihat rumah itu jadi usang,” katanya.

Dia berkata, berdasarkan kajiannya mendapati, terdapat cerita-cerita tentang agama-agama tertentu dengan pujaan-pujaan berhubung kuning tersebut.

“Jenis puja-puja, ada unsur dengan kain kuning. Pengalaman saya dengan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din ada cerita orang tidak boleh lahirkan anak, melainkan perlu ikat kain kuning, ini cerita di zaman kampung-kampung.

“Ada unsur puja-puja berkait denga bidan, jangan ambil ilmu bidan begitu. Arwah bagitahu, apabila diletakkan kain kuning, anak itu keluar dengan baik. Kalau tidak, hampir meninggal ibu tersebut,” katanya.

Ustaz Jamil berkata, kuning merupakan warna kesukaan ‘makhluk’ tersebut.

“Jadi boleh gantilah dengan pokok lain dan antara pokok terbaik ialah pokok bidara, orang buat mandi. Syaitan tak suka,” katanya.

Sementara itu, dia mengingatkan umat Islam bahawa al-Quran menyebut sesungguhnya tipu daya syaitan itu kerana lemah.

“Yang penting syaitan ini bukanlah kuat sangat. Syaitan ini bukanlah boleh kuasai kita sangat, yang kita takut sampai macam-macam ni buat apa.

“Makhluk itu ada fitrah, manusia juga ada fitrah. Jangan ubah fitrah, mungkin oleh kerana manusia jadikan perkara itu, buat pujaan tertentu dengan amalan tertentu sebagainya.

“Jadi berhati-hati, beringat dan tak terkena gangguan syaitan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@ustazjamilahmad AWAS DENGAN POKOK HALAMAN RUMAH ANDA! Manusia memang sukakan keindahan. Rumah dihias cantik dengan pelbagai jenis pokok dan landskap. Tetapi menurut pengalaman lebih 40 tahun dalam merawat gangguan, ada beberapa jenis pokok yang sering dikaitkan dengan tempat “kesukaan” makhluk halus. ⚠️ Adakah semua pokok itu salah? Tidak. Islam tidak melarang menghias rumah dengan pokok-pokok yang indah. Namun, kita disuruh berhati-hati dan tidak membuka ruang kepada perkara yang boleh membawa mudarat atau unsur-unsur khurafat. Dalam perkongsian ini disentuh: 🌱 Pokok yang sering dikaitkan dengan gangguan 🌱 Hubungan warna kuning dalam budaya mistik tertentu 🌱 Pengalaman rawatan gangguan di rumah-rumah 🌱 Kenapa pokok bidara sering disebut dalam rawatan Islam 🌱 Pentingnya menjaga fitrah dan tawakkal kepada Allah إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. — Surah An-Nisa’: 76 Yang penting bukan takut melampau, tetapi sentiasa menjaga rumah dengan zikrullah, bacaan Al-Quran dan amalan yang benar menurut syariat. Tonton sampai habis dan ambil sebagai peringatan serta langkah berjaga-jaga. 🤲 #perubatanislam #ustazjamil #gangguanjin #islamituindah #makhlukhalus ♬ original sound – Ustaz Jamil
Read Entire Article
Pertanian | | | |