PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan pengalaman meloyakan apabila terlihat seekor lipas berada di dalam salah satu mangkuk dihidangkan secara bufet dalam kejadian di sebuah hotel di negeri utara.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok amierahilton, wanita itu memberitahu kejadian berlaku sewaktu dia hendak bersahur di hotel berkenaan.
Pada ruangan komen, dia mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada staf hotel berhubung kehadiran seekor lipas di dalam mangkuk berisi cili pada bufet tersebut.
“Saya rakam ni bila kali kedua lipas ni datang. Kali pertama datang, saya dah maklum kepada staf, tapi saya tak nampak mangkuk di situ dibawa keluar. Siap kain buruk tercelup dalam mangkuk kicap situ ada lah.
“Saya dah maklum (staf), tapi mangkuk tu masih kat situ,” katanya pada ruangan komen.
Menerusi ruangan komen, ada pengguna TikTok memberitahu hotel berkenaan bersih serta tiada sebarang isu.
“Pernah praktikal kat situ, serius hotel tu bersih tak ada masalah. Rasanya mungkin (lipas) termasuk. Daripada rakam, baik maklumkan staf boleh mereka cepat bertindak,” komen seorang pengguna TikTok.
Selain itu, ada juga pengguna TikTok mendakwa pernah bekerja di sebuah hotel lain serta mendedahkan sisi gelap di sebalik perkhidmatan hotel.
“Pernah kerja hotel, serius pinggan mangkuk berhabuk kotor siap ada sisa makanan lagi lekat pada susu. Tapi pihak hotel suruh lap saja dan hidang kepada pelanggan. Bermula dari situ, tak teringin makan kat hotel,” dakwa individu tersebut. – KOSMO! ONLINE
@amierahilton Replying to @____shafiq ♬ Woy Lagi Santai Kawan – DJ KEJU