[VIDEO] Kedutaan Itali mohon maaf, remaja biadab dalam tren di Thailand

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Kedutaan Itali memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas tindakan sekumpulan pelajar Itali menganggu ketenteraman awam di dalam keretapi BTS Skytrain, Thailand.

Menerusi kenyataan rasmi dalam tiga bahasa yang dimuat naik baru-baru ini, kedutaan itu meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan warganegara mereka di bawah umur yang melakukan masalah semasa menyertai lawatan sekolah di Thailand.

“Kedutaan Itali di Bangkok melahirkan rasa amat kesal terhadap insiden ini dan mengecam sekeras-kerasnya tingkah laku tidak wajar sekumpulan pelancong bawah umur dari Itali yang menyertai lawatan sekolah,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kedutaan berkenaan turut memohon maaf kepada rakyat Thailand dan semua pihak yang terkesan, selain menegaskan tindakan kumpulan pelajar itu tidak mewakili rakyat Itali atau nilai saling menghormati yang menjadi asas hubungan baik antara kedua-dua negara.

Insiden itu mula menjadi perhatian selepas hantaran tular oleh seorang wanita Thailand yang cuba menegur sekumpulan remaja terbabit kerana bising di dalam tren BTS.

Bagaimanapun, kumpulan remaja itu didakwa bertindak agresif sehingga mencetus kemarahan pengguna media sosial.

Dalam perkembangan sama, ramai rakyat Thailand membanjiri komen berunsur kecaman di Facebook Kedutaan Itali dengan gesaan agar tindakan diambil ke atas sekumpulan pelajar Itali terbabit.

Syarikat yang mengendalikan lawatan sekolah itu turut mengeluarkan permohonan maaf dan mengakui tingkah laku pelajar terbabit bertentangan dengan nilai yang selama ini diterapkan kepada peserta.

Kedutaan turut memuat naik video berdurasi 95 saat memaparkan empat wakil pelajar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand.

“Kami benar-benar menyesali apa yang berlaku dan memohon maaf kepada semua yang tersinggung kerana telah menghina budaya Thailand,” kata salah seorang wakil pelajar Itali itu. -KOSMO! ONLINE

@thairath_news สถานทูตอิตาลี โพสต์คลิปตัวแทนกลุ่มชาวอิตาลี ยกมือไหว้ขอโทษคนไทยและวัฒนธรรมไทยอย่างเป็นทางการ หลังเกิดกระแสวิพากษ์วิจารณ์กรณีนักเรียนในกลุ่มแสดงพฤติกรรมไม่เหมาะสมบนรถไฟฟ้า BTS โดยยอมรับผิดและรู้สึกเสียใจอย่างยิ่งกับสิ่งที่เกิดขึ้น พร้อมยืนยันว่านักเรียนที่มีส่วนเกี่ยวข้องจะถูกส่งตัวเดินทางกลับประเทศอิตาลีโดยเร็วที่สุด . #อิตาลี #รถไฟฟ้า #นักเรียนอิตาลี #POPPU #คลิปโซเชียล #ไทยรัฐทีวี32 ♬ เสียงต้นฉบับ – Thairath
Read Entire Article
Pertanian | | | |