[VIDEO] Jalani dua pembedahan tercekik tulang ikan

15 hours ago 4

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal kerana terpaksa menjalani dua pembedahan sehingga gigi depannya patah selepas tercekik tulang ikan tongkol ketika menikmati nasi dagang.

Menerusi hantaran TikTok @Likemeainn, berkata tulang ikan tersekat menyebabkannya terpaksa dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

“Makan nasi dagang tiba-tiba tercekik tulang sehingga terpaksa masuk wad sebab tak jumpa tulang ikan. Pembedahan kali kedua untuk keluarkan tulang ikan, gigi depan patah.

“Pengalaman yang takkan dilupakan, selepas ini memang takkan makan ikan,” menurutnya pada ruang kapsyen.

Menurutnya, doktor pada mulanya gagal mengesan tulang tersebut namun tetap mengalami kesakitan setiap kali menelan, menyebabkan dia perlu ditahan di wad.

Difahamkan, gigi hadapannya patah ketika pembedahan kali kedua dilakukan bagi memastikan tulang ikan tersebut dapat dikeluarkan sepenuhnya.

Video berkenaan meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sama.

“Saya pernah tercekik tulang ikan siakap dekat pipi. Nipis mcm kaca sampaikan tak nampak ketika buat Xray (sinar-X),” komen @Cikliza

“Saya pernah tercekik tulang ikan cencaru. Memang saya telan nasi kepal sehingga berjam-jam baru tulang itu tak tersekat,” kata Nora.

“Masa kecil-kecil dulu, saya selalu tercekik tulang ikan sampai membesar tak suka makan ikan. Sekarang, dah nak masuk umur 40-an baru nak berjinak-jinak makan ikan semula,” komen @Babyjwnni –KOSMO! ONLINE

@likemeainnpengalaman yg xkn dilupakan.. lps nie mmg xkn mkn ikan dah 😆.. ujian yg da tertulis..

♬ original sound – Nur Izzati – NURVA CRAFT

Read Entire Article
Pertanian | | | |