[VIDEO] Bukan bazar sahaja sesak, naik MRT pun macam ‘sardin’ bulan puasa

1 week ago 13

PETALING JAYA – Bulan Ramadan bukan sahaja membawa kemeriahan bazar dengan kehadiran pengunjung yang ramai terutama pada hari pertama puasa semalam, tetapi juga peningkatan jumlah penumpang pengangkutan awam, terutamanya di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan LRT sekitar ibu kota.

Tinjauan di beberapa stesen MRT utama seperti Pasar Seni, Bukit Bintang, dan Kajang mendapati suasana sesak dengan orang ramai berpusu-pusu menaiki tren, terutama pada waktu petang apabila kebanyakan pekerja pulang lebih awal bagi membuat persiapan berbuka puasa.

Seorang penumpang, Farhan berkata, keadaan dalam tren begitu padat sehingga sukar untuk bergerak sewaktu pulang dari kerja sebentar tadi di stesen MRT Bukit Bintang.

“Biasanya waktu puncak memang sesak, tetapi bulan Ramadan, keadaan lebih teruk. Semua orang mahu cepat pulang ke rumah atau ke bazar Ramadan untuk membeli juadah. Dalam tren tadi sesak macam ‘sardin’. Naik dekat MRT Bukit Bintang,” katanya.

Sementara itu, pengguna TikTok, Runy turut berkongsi situasi sesak di sebuah stesen MRT di ibu negara sekitar pukul 7.30 pagi tadi.

“Ujian berpuasa buat semua MRT hari ini. Lepas ini pergi kerja jalan kaki, mungkin lagi cepat sampai,” tulisnya di ruang kapsyen.

Selain kesesakan, ada juga penumpang yang meluahkan rasa kurang selesa dengan bau makanan yang dibawa dalam tren, terutama dari mereka yang membeli hidangan berbuka lebih awal.

“Saya faham semua nak balik cepat dan bawa makanan yang dibeli siap-siap, tetapi bila bau bercampur dalam tren yang padat, memang kurang selesa,” kata Syafiqah. – KOSMO! ONLINE

@runyrubyjanelepasni pergi kerja jalan kaki, mungkin lagi cepat sampai 🥰

♬ Ramadhan Tiba – Opick

Read Entire Article
Pertanian | | | |