PETALING JAYA – Orang ramai memuji kebaikan seorang majikan yang memberikan angpau sebanyak RM1,000 kepada pembantu rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok Ah New Fishery Sdn. Bhd., majikan lelaki yang mengusahakan perniagaan ikan segar dan sejuk beku di Johor itu memberikan angpau tersebut kepada pembantu rumah warga Indonesia.
Pada mulanya, wanita pembantu rumah itu menerima angpau daripada seorang wanita warga emas dipercayai ibu majikannya dan seterusnya daripada pemilik perniagaan itu.
Sewaktu menerima angpau daripada majikannya, dia perlu memilih satu daripada tiga angpau tersebut dengan yang pertama dia memperoleh RM1, diikuti RM10, seterusnya RM1.
Kemudian, lelaki itu memberikan mengeluarkan satu lagi angpau daripada poket dan di dalamnya mengandungi kepingan wang RM50 berjumlah RM1,000.
Dalam video itu, pembantu rumah berkenaan turut mendoakan majikannya atas pemberian angpau itu.
“Semoga panjang rezekinya, lancar perusahaannya dan panjang umur sihat selalu,” katanya.
Menerusi ruangan komen, orang ramai meninggalkan komen positif kepada majikan serta pembantu rumah berkenaan.
“Majikan yang murah hati. Semoga panjang umur dan murah rezeki,” kata KipManap8206.
“Bos baik, orang gaji dia pun baik. Itu sebab dia cakap orang terpenting dekat rumah dia. Selamat Tahun Baharu Cina bos, semoga diberi kesihatan yang baik dan berjaya selalu,” komen pengguna TikTok RosEss.
“Seronok pekerja jumpa majikan macam ni. Semuanya baik-baik. Saya tengok pun seronok. Selamat Tahun Baharu Cina,” kata Naslia. – KOSMO! ONLINE
@ah.new.fishery.sdorang yg terpenting di rumah sy♬ 原声 – Ah New Fishery Sdn Bhd
12 hours ago
6











![[VIDEO] Kulit gendang tarian singa, bolehkah orang Islam sentuh?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/gendang.jpeg)







![[VIDEO] ‘Hari-hari Aqil sebut nama Faisal Halim, akhirnya dapat jumpa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-17-at-1.00.37-PM.jpeg)





























