[VIDEO] Bapa umur 50 tahun dapat hadiah PS5

1 week ago 16

PETALING JAYA – Seorang anak memberi kejutan istimewa kepada bapanya yang berusia 50 tahun dengan menghadiahkan sebuah konsol PlayStation 5 (PS5) sebagai tanda kasih sayang.

Menerusi hantaran oleh @sefhiaaa di TikTok, dia memberitahu bapanya bahawa dia ingin mengalihkan kereta, tetapi sebaliknya membawa sebuah beg biru ke dalam rumah.

Ayahnya terkejut apabila melihat beg itu yang tertulis “PlayStation 5”, segera menyedari apa yang ada di dalam dan mengambilnya dengan penuh kegembiraan.

Lelaki itu tersenyum lebar sambil menunjukkan beg tersebut ke arah kamera dan berkata, dia sedang menggigil kerana tidak menyangka menerima hadiah yang telah lama diidamkan daripada anaknya.

“Ayah gurau je. Ayah tak mahu beli pun. Kau beli ke untuk ayah? Betul ni? Sumpah? Terima kasih kak,” katanya masih tidak mempercayai apa yang berlaku.

Bukan itu sahaja, anaknya turut menghadiahkan pengawal Dragon Ball’s Goku dan permainan bola sepak yang pernah diminta oleh bapanya.

Lelaki itu kemudiannya memeluk erat @sefhiaaa dan mengucapkan terima kasih berulang kali, sambil turut berterima kasih kepada isterinya kerana membenarkannya bermain permainan itu.

Hantaran berkenaan meraih perhatian pengguna media sosial yang terharu dengan kejutan penuh bermakna, malah mereka turut memuji keprihatinan dan kasih sayang seorang anak.

“Terubat inner child (sisi anak kecil) ayah,” ujar @encikpemudahcara.

“Terkeluar sifat kanak-kanak seorang bapa yang ‘macho’ dan sopan,” usik @wanskull09.

“Umur 50 tahun tapi bila nampak PS5 macam 5 tahun. Comel betul,” komen @marsya. – KOSMO! ONLINE

@yoursefhiaaa AYAHKU ❤️ . #fyp ♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx
Read Entire Article
Pertanian | | | |