[VIDEO] Adam 15 tahun minta izin bermain cuit hati netizen

2 days ago 10

PETALING JAYA – Seorang wanita menarik perhatian netizen apabila berkongsi perbualan bersama anak lelakinya yang meminta izin untuk keluar bermain bersama rakan-rakan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Enola86, wanita berkenaan memaparkan tangkap layar perbualan bersama anaknya, Adam, serta klip yang menunjukkan remaja itu akur dengan permintaan ibunya demi mendapatkan keizinan bermain di taman.

Difahamkan, Adam yang berusia 15 tahun pada mulanya meminta untuk menangguhkan tugasan sekolah bagi meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Namun, ibunya meletakkan syarat unik sebelum memberikan kebenaran.

“Dalam bahasa Melayu, minta izin ayat dia macam mana?” soal ibunya yang turut meminta Adam menghasilkan video gelak ketawa gaya orang zaman dahulu.

Usaha Adam memenuhi permintaan tersebut mengundang gelak tawa orang ramai.

Rata-rata netizen terhibur dengan gaya lakonannya yang dikatakan berjaya meniru ketawa klasik dengan cukup meyakinkan.

“Aku ingat Adam darjah 6 sebab nak main dekat taman, rupanya sudah macam bapa budak,” komen @Hannahmamd.

“Ingatkan umur 8 atau 9 tahun sebab tengok emaknya kemain strict (tegas). Bagus anak, ingat ajaran emak sampai ke besar. Susah nak didik anak lelaki zaman sekarang,” ujar @RN.

Dalam pada itu, orang ramai turut memuji adab remaja lelaki berkenaan meminta izin meskipun bukan lagi kanak-kanak.

“Baguslah budak ini, nak keluar tanya dan minta kebenaran mak ayah,” kata @MuhammadFaiz.

“Ini baru betul kehidupan seorang ‘anak’. Bukannya buat sesuatu sesuka hati, selagi mana dia dibawah jagaan kita, kita kena kontrol (kawal) dia,” tambah @Hanaaa. -KOSMO! ONLINE

@nissairna143 Demi sebidang taman, sebiji bola dan kesebelasan kawan2 @Dadadam ♬ QKThr – Aphex Twin
Read Entire Article
Pertanian | | | |