KUALA LUMPUR – Pelakon Kamal Adli mengingatkan kepada mana-mana individu yang cuba mendekati isterinya, Uqasha Senrose bahawa mereka masih berstatus suami isteri yang sah dan meminta agar batas hukum serta adab dijaga.
Menurut Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, teguran tersebut bukan ditujukan kepada keluarga isterinya sebaliknya kepada pihak luar yang dilihat cuba mencampuri urusan rumah tangga mereka.
“Saya sebagai suami, hanya nak pesan kepada bukan orang luar, bukan keluarga dia tapi untuk orang yang cuba rapat dengan isteri saya.
“Ingat ya, Uqasha masih lagi isteri orang yang sah, saya pula masih suami yang sah, wujud lagi ini. Jadi faham ya, dari segi hukum apa semua. Tak kisah siapa pun.
“Saya bukan cakap fasal keluarga dia,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.
Pada masa sama, pelakon drama Sha & Shah itu memaklumkan akan mengikuti prosedur undang-undang yang betul bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa melibatkan pihak tidak berkaitan.
“Saya ikut proses sekarang ini dan kita guna prosedur yang betul. Tak perlu pakai orang lain, bayar tepi untuk minta nasihat.
“Malaysia ada undang-undang, ada peguam, ada pendamai dan kaunselor. Jadi, guna saluran betul.
“Tak perlu minta pendapat orang ketiga yang tidak tahu siapa untuk cerita aib keluarga. Ini hal kita,” jelasnya.
Bagaimanapun, Kamal menolak dakwaan bahawa kenyataannya memberi bayangan wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka.
“Eh tak, bukan (orang ketiga). Tak ada. Saya tak cakap macam tu.
“Saya hanya nak pesan, beritahu benda ini pentinglah dari segi hukum dan masih lagi suami dan isteri yang sah. Itu saja, tak cakap apa pun,” ujarnya.
Sementara itu, Uqasha menegaskan tiada mana-mana pihak luar yang terlibat seperti yang didakwa Kamal malah memberitahu dirinya sentiasa bersama keluarga dan anak.
“Fasal orang luar itu, sesiapa yang mengikuti saya nampak yang saya hanya bersama keluarga saya sahaja dan anak.
“Siapa yang ada dengan kawan-kawan. Siapa yang bawa kawan-kawan berjumpa dengan anak. Mana keluarga-keluarga dia?” luahnya.
Hari ini, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan bahawa kedua-du pihak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi berbincang sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember depan.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
1






![[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.40.09-PM.jpeg)
![[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.18.37-PM.jpeg)






![[VIDEO] ‘Baru masuk kandang, aktif sangat berlari-lari’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-10.35.34-AM.jpeg)


































