Baron memiliki panjang lebih 7 meter menyamai panjang sebuah bas. - Guinness World Records
- Oleh KOSMO
- 6 Februari 2026, 10:26 am
JAKARTA – Seekor ular sawa batik yang ditemui di sebuah kawasan hutan di Indonesia tercatat dalam Guinness World Records kerana memiliki panjang lebih 7 meter (23 kaki), lapor portal berita Money Control.
Dinamakan Baron, ular sawa betina itu mencatatkan rekod ular terpanjang dunia.
Baron memiliki berat hampir 96 kilogram dan 7.22 meter panjang, menyamai panjang sebuah bas.
Reptilia tersebut ditemukan oleh sekumpulan pakar hidupan liar di Maros, wilayah Sulawesi Selatan. Ular itu tinggal di kawasan hutan yang kaya dengan biodiversiti.
Pencapaian itu dibuat selepas Baron diukur menggunakan alat khas. Pengukuran tersebut dilakukan dengan teliti mengikut prosedur saintifik yang ketat. – AGENSI

2 hours ago
1

















































