MARAN – Kerajaan mengumumkan tujuh inisiatif strategik membabitkan peruntukan melebihi RM2 bilion bagi menyelesaikan pelbagai isu legasi dan meningkatkan kebajikan warga Felda sempena Sambutan Hari Peneroka Felda di Stadium Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu merangkumi bantuan kepada Felda, perumahan generasi baharu, manfaat kepada warga peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF), perumahan petugas Felda literasi digital, pendidikan dan kesihatan
Menurut beliau, kerajaan tidak mahu lagi kesilapan pengurusan lalu yang menyebabkan Felda terpaksa menanggung beban hutang sehingga menjejaskan manfaat yang sepatutnya diterima peneroka.
“Kita kena belanja hampir RM1 bilion setahun. Untuk apa? Bayar hutang. Hutang siapa? Hutang Felda. Apakah salah peneroka? Tidak. Salah pengurusan dan orang-orang yang diberi amanah.
“Ini sebabnya harus kita ingat, jangan ulang kesilapan itu kerana akhirnya yang terbeban, yang terpaksa bayar, kita (peneroka).
“Justeru, sebanyak RM990 juta bagi membiayai bayaran balik pinjaman termasuk penghapusan hutang peneroka, selain menyalurkan lebih RM1 bilion lagi pada tahun 2027,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka dan Ulang Tahun Ke-70 Felda di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka di sini hari ini.
Menyentuh isu perumahan generasi baharu Felda, Anwar berkata, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu legasi membabitkan lima inisiatif strategik, termasuk cadangan pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 bagi membolehkan pembinaan lebih daripada sebuah rumah di atas satu lot.
Tambahnya, draf pindaan berkenaan perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri dan dibentangkan di Parlimen tahun ini.- KOSMO! ONLINE

7 hours ago
7







































![[VIDEO] Siapa ‘kait’ seluar dalam orang di Jempol?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-10-at-9.27.15-PM.jpeg)








