‘Tidak masuk campur, biar mereka selesaikan’

16 hours ago 5
Ahmad Zahid semasa di program Pelancaran Mega Rahmah Ramadan & Kasih Syawal. - Foto IQBAL ROSLI/KOSMO!
  • Oleh NUR HUDA MUSA
  • 8 Februari 2026, 2:43 pm

SUBANG JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan dalaman parti politik lain susulan isu mengenai kedudukan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ahmad Zahid berkata, sebarang isu atau kemelut yang berlaku dalam organisasi politik lain perlulah diselesaikan oleh kepimpinan parti itu sendiri secara dalaman.

“Saya tidak mahu campur dalam hal ehwal parti lain. Jadi, biarlah mereka selesaikan dan kita jaga kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Pelancaran Mega Rahmah Ramadan & Kasih Syawal di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan satu pertemuan khas melibatkan Ahli Parlimen, Senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bersatu dijangka berlangsung malam ini bagi membincangkan kedudukan Hamzah sebagai Timbalan Presiden.

Difahamkan pertemuan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai perkembangan dalaman parti termasuk memorandum yang dikemukakan oleh beberapa bahagian berhubung kedudukan Hamzah.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |