BANGKOK – Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN selama dua jam di Kuala Lumpur semalam berakhir tanpa sebarang persetujuan mengenai gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja, lapor portal berita The Nation.
Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow menyatakan bahawa Deklarasi Keamanan Kuala Lumpur mengesyorkan bahawa gencatan senjata mesti dilaksanakan terlebih dahulu.
Namun, Thailand menekankan bahawa Kemboja perlu menerima tiga syarat iaitu Kemboja mesti menjadi pihak pertama mengisytiharkan gencatan senjata, sebagai pihak penceroboh dan keduanya, Phnom Penh perlu benar-benar memastikan ia dilaksanakan serta berterusan.
Syarat ketiga ialah Kemboja mesti menunjukkan keikhlasan untuk bekerjasama dengan Thailand, khususnya dalam usaha membersihkan periuk api darat, satu perkara yang tidak dapat diterima oleh Thailand selagi ia tidak diselesaikan secara bersama.
Sihasak turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia sebagai tuan rumah dan menekankan sokongan Thailand terhadap perbincangan di bawah rangka kerja ASEAN kerana isu itu wajar ditangani di peringkat serantau.
Beliau menjelaskan bahawa Thailand sentiasa mempunyai niat baik terhadap Kemboja.
Menteri Luar itu menekanan bahawa keamanan hanya boleh dicapai melalui pelaksanaan yang sebenar.
Semua terma dalam kenyataan bersama tersebut adalah sama penting, termasuk pengurangan senjata, pembersihan periuk api darat, menangani jenayah rentas sempadan dan penipuan di internet serta pengurusan pencerobohan.
Isu pembersihan periuk api darat amat membimbangkan kerana ia telah menjejaskan anggota-anggota tentera Thailand beberapa kali.
Selepas menandatanhani kenyataan bersama itu sebelum ini, seorang anggota tentera Thailand telah terpijak periuk api buat kali ketujuh yang dianggap sebagai satu pelanggaran terhadap perjanjian tersebut.
Rakyat Thailand kemudian menuntut penjelasan yang jelas daripada Kemboja.
Insiden itu telah meningkatkan ketegangan di sepanjang sempadan dan mencetuskan pertempuran.
Thailand juga menegaskan bahawa ia telah memberikan sokongan dan bantuan semasa perang, termasuk membuka sempadan untuk menempatkan pelarian, menyediakan perlindungan dan menyokong pemulihan ekonomi.
Perkara itu mencerminkan komitmen Thailand terhadap kewujudan bersama secara aman dengan negara jirannya.
Sejak bermulanya konflik pada era kerajaan terdahulu, Thailand secara konsisten berusaha menyelesaikan isu itu melalui perbincangan dua hala.
Namun, Kemboja telah cuba membawa perkara ini ke peringkat antarabangsa, khususnya di bawah rangka kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berbanding mengadakan rundingan secara langsung.
Mesyuarat tersebut bersetuju bahawa gencatan senjata tidak boleh terhasil daripada pengisytiharan sebelah pihak sahaja, sebaliknya mesti dirunding dan dipersetujui oleh pasukan tentera kedua-dua pihak. – AGENSI

16 hours ago
6
![[VIDEO] ‘Beginilah kami di hari akhir persekolahan…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/SK-Balr.jpeg)






![[VIDEO] Adik Medina selesai jalani pembedahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/medina.jpeg)

![[VIDEO] Treler terbalik, trafik sesak 4km di Seafield](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/lori-terbalik.jpeg)




































