KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) melantik sebanyak 31 syarikat pelancongan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bagi Musim Haji 1447H/2026M.
Ketua Jabatan Haji, Mohd. Hisyam Harun berkata, pelantikan itu dibuat selepas penilaian teliti terhadap 60 permohonan lesen yang diterima oleh Jawatankuasa Urusan Haji.
“Sebanyak 31 syarikat diluluskan bagi musim 1447H/2026M berbanding 37 syarikat PJH pada musim lalu. Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menegaskan supaya orang ramai berhati-hati terhadap tawaran pakej haji tidak berlesen dan disaran untuk menyemak senarai rasmi PJH menerusi portal rasmi TH.
“TH menegaskan bahawa sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen adalah menyalahi Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan,” tegasnya.
Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau agensi yang terlibat dan umat Islam yang berhasrat menunaikan haji diminta untuk berurusan dengan PJH yang sah dan berlesen.
Berikut adalah senarai syarikat pengelola jemaah haji 1447H/2026M:
1. TH Travel & Services Sdn Bhd
2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
3. Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
4. Amani Travel Sdn Bhd
5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
6. Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
7. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
8. Busyra Holidays Sdn Bhd
9. CS Holidays Sdn Bhd
10. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
11. Felda Travel Sdn Bhd Feld
12. 13. 14. Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd
Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
15. Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
16. 17. 18. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
Juara Travel & Tours Sdn Bhd
19. Kembara Umrah Sdn Bhd
20. KRS Travel Sdn Bhd
21. 22. KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
23. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
24. Qashwa Travel Sdn Bhd
25. Rayhar Travels Sdn Bhd
26. Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
27. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
28. TITIM Travel Sdn Bhd
29. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
30. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
31. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4




































![[VIDEO] ‘Muka askar, suara pramugari’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/Tangkap-layar-menunjukkan-seorang-lelaki-yg-mengubah-suaranya-seperti-wanita-250x141.jpeg)












