KUALA LUMPUR – Impian untuk menyaksikan pertembungan sesama sendiri melibatkan beregu lelaki negara pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman tidak kesampaian selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir.
Pada aksi suku akhir di Saarlandhalle, Saarbrucken sebentar tadi, bekas juara dunia itu terpaksa akur tewas menerusi keputusan tiga set 21-11, 14-21, 17-21 kepada Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.
Meskipun memulakan perlawanan dengan aksi cukup meyakinkan menerusi kemenangan di set pertama, namun Aaron-Wooi Yik gagal mengekalkan momentum tersebut sebelum tewas pada set kedua.
Memasuki set ketiga, pasangan negara pada awalnya mendahului 13-9, namun Sabar Karyaman-Moh Reza kembali mengejar dan memintas kedudukan Aaron-Wooi Yik sebelum melengkapkan kemenangan dalam tempoh 56 minit.
WEI Chong-Kai Wun menjadi harapan tunggal negara di separuh akhir Terbuka Hylo esok. – AFPKekalahan beregu No.2 dunia itu nyata meranapkan impian peminat sukan tanah air untuk menyaksikan pertembungan ‘adik abang’ esok selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengesahkan kemaraan ke separuh akhir lebih awal.
Wei Chong-Kai Wun terus menggalas misi pada saingan Jelajah Dunia Super 500 itu selepas ‘bermandi peluh’ membenam satu lagi wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 26-24, 21-19.
Sebagai rekod, gandingan No.5 dunia itu sudah memiliki dua gelaran musim ini selepas muncul juara kejohanan Indonesia Masters Januari lalu serta Malaysia Masters pada Mei lepas. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
45


![[VIDEO] Habitat banjir, gajah sesat berkeliaran di jalan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/18721b8f-a24c-4703-a3b3-5316b9ac63ac-e1766063264551.jpeg)





![[VIDEO] 10 jam tunggu keluar KLIA, pasport tertinggal dalam pesawat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-18-at-6.16.31-PM.jpeg)








































