PETALING JAYA – Dikecam menyambut Tahun Baharu Cina, pelakon Adam Corrie menyifatkan sambutan tersebut hanyalah tradisi kebudayaan untuk mengeratkan silaturrahim dan bukannya satu upacara keagamaan.
Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah, 68, turut mempersoalkan sikap segelintir individu yang memberikan standard apabila menyentuh soal sambutan perayaan kaum lain berbanding sambutan Tahun Baharu Masihi.
“Kenapa ada segelintir yang menegur dan mengatakan haram menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga saya yang belum Islam, sedangkan pada masa yang sama ramai umat Islam menyambut Tahun Baharu Masihi, yang asalnya juga berkait dengan tradisi Kristian?
“Hakikatnya, Tahun Baharu Cina yang saya raikan dahulu bukanlah dari sudut keagamaan, tetapi sekadar pulang berkumpul dan bertemu keluarga.
“Saya tidak terlibat dengan sebarang ritual agama, tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat, serta menjaga pemakanan halal dan batas sebagai seorang Muslim.
“Bagi saya, kehadiran itu lebih kepada silaturrahim dan menghormati keluarga, bukan menyertai atau mengiktiraf amalan agama lain,” katanya dalam Threads.
Selain itu, pelakon filem KL Gangster itu memaklumkan tidak akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina memandangkan ibunya baru meninggal dunia.
“Tahun ini saya tidak sambut kerana ibu saya baru meninggal dunia.
“Jadi, untuk menghormati keluarga saya memilih untuk tidak menyambut perayaan itu,” katanya lagi.
Disember lalu, ibu Adam meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Aktor merangkap kareografer yang pernah menjadi pereka tari bagi program Akademi Fantasia musim kedua dan keempat itu memeluk Islam pada 13 Julai 2007.
Adam Corrie kemudian mendirikan rumah tangga dengan pereka grafik, Fazema Mohd. Fuad, 43, pada 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.
Pada 2017, dia dipilih sebagai Tokoh Saudara Kita peringkat Selangor bersempena sambutan Maal Hijrah 1439. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
7



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































