‘Soal kahwin lain, nanti-nantilah, saya tak sempat sunyi’

4 hours ago 5

KUALA LUMPUR – Mahu memberi fokus kepada diri sendiri dan keluarga, pelakon Rebecca Nur Al-Islam menegaskan masih belum bersedia untuk kembali bergelar isteri selepas melalui fasa perceraian pada Mei tahun lalu.

Rebeca, 40, berkata, dia tidak pernah berasa sunyi kerana kehadiran tujuh orang anak termasuk seorang anak angkat sentiasa menyerikan hidupnya.

“Alhamdulillah, tak sempat nak rasa sunyi sebab anak ramai sangat di rumah, hari-hari dipenuhi dengan kerenah mereka.

“Keutamaan saya ketika ini adalah anak-anak, bukan diri sendiri. Mereka adalah kebahagiaan saya.

“Soal kahwin lagi, nanti-nantilah dulu. Kita berhenti dulu bab-bab lain sebab saya memikirkan anak-anak sahaja. Perkahwinan bukan main-main,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada Majlis Pertunjukan Fesyen Amber Eid’s Times For Love di sini, baru-baru ini.

Tiada permusuhan, Rebecca menjelaskan hubungannya dengan bekas suami iaitu Datuk Nur Azman Sulaiman masih kekal baik selain berusaha memastikan perceraian mereka tidak memberi kesan kepada kesihatan mental anak-anak.

“Kami berpisah secara baik dan sehingga hari ini kekal begitu. Sebelum saya membuat keputusan untuk ke mahkamah, kami panggil dan maklumkan pada anak-anak terlebih dahulu.

“Kena jaga minda anak-anak sebab itu benda paling saya utamakan.

“Alhamdulillah, diam tak diam sudah hampir setahun berpisah. Dua bulan awal memang anak-anak sedih tetapi selepas itu mereka okey,” ujarnya.

Dia juga sempat menitipkan nasihat kepada individu yang berdepan episod perceraian agar terus kuat dan kekal reda dengan setiap ketentuan Tuhan.

“Sekiranya kita meninggal dunia hari ini, adakah kita akan membawa suami dan anak-anak bersama? Tidak kan. Jadi, itu yang menguatkan saya.

“Semua yang ada di dunia hanya pinjaman. Kita kena dengan aturan Tuhan dan saya letak semua hidup saya kepada Allah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata dan seorang anak angkat. – KOSMO! ON

Read Entire Article
Pertanian | | | |