Singapura antara bandar raya paling mahal untuk pelancong

13 hours ago 6

SINGAPURA – Singapura memasuki senarai 15 bandar paling mahal untuk pelancong di seluruh dunia, demikian menurut majalah pelancongan Britain, Time Out seperti laporan laman berita VNExpress semalam.

Berdasarkan kaji selidik ke atas lebih 18,000 orang,  ibu negara Korea Selatan, Seoul  dinamakan bandar paling mahal untuk pelancong, diikuti oleh Istanbul (Turkiye) dan Oslo (Norway), manakala Singapura berada di tempat ke-12.

Kaji selidik itu meminta orang ramai di lebih 100 bandar menilai kemampuan pelbagai aktiviti harian.

Ia termasuk makan di restoran, menonton wayang, minum kopi, persembahan seni, menonton teater atau komedi, acara muzik secara langsung, minum di bar dan aktiviti malam.

Berdasarkan peratusan responden yang menjawab ‘murah atau percuma’ dan ‘mampu milik’, Time Out menganalisis data untuk mengetahui bandar paling murah dan paling mahal di dunia untuk melancong.

Ramai pelancong mengadu tentang kos sara hidup yang tinggi di Singapura selain mendakwa mereka hanya makan sekali sehari untuk menjimatkan kos.

Purata anggaran perbelanjaan bulanan individu bujang di Singapura adalah SG$1,506 (RM4,800), demikian menurut  data daripada Numbeo. Ia merupakan pangkalan data sumbangan pengguna terbesar tentang bandar dan negara di seluruh dunia.

Sementara itu, senarai 15 bandar paling mahal untuk pelancong di dunia menurut tinjauan yang sama menunjukkan Stockholm (Sweden) di tempat keempat, diikuti oleh Kyoto (Jepun), Athens (Greece) dan Sydney (Australia).

Bandar lain yang memasuki senarai adalah Auckland (New Zealand), Munich (Jerman), Brisbane (Australia), Los Angeles (Amerika Syarikat), Singapura, London (Britain), Vancouver (Kanada) dan Miami (Amerika Syarikat). – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |