LONDON – ‘Masa satu tahun dan 45 hari diperlukan untuk membina Bangunan Empire State dan kita nampaknya bakal mengatasi tempoh itu’, kata pemilik restoran The Hare & Hounds, Mark Cullinan seperti laporan sebuah akhbar semalam.
Punca kemarahannya terletak hanya beberapa meter dari situ, di mana pagar besi dan penghadang oren ‘membelah’ suasana tenang perkampungan Godstone di Surrey.
Setahun yang lalu semalam, sebuah lubang benam gergasi dan satu lagi lubang kecil berhampiran ‘menelan’ jalan utamanya, meninggalkan kawah besar sepanjang 20 meter dan lebar antara 5 lima hingga 6 meter.
Kejadian itu memusnahkan nadi perkampungan itu yang didiami 6,000 penduduk.
Sebanyak 30 buah rumah terpaksa dikosongkan, perniagaan terjerumus ke dalam bahaya, dan kehidupan penduduk menjadi kucar-kacir.
Ramai ternanti-nanti apa yang bakal berlaku seterusnya.
Ternyata, tidak banyak yang berlaku.
Pekerja binaan memakai baju keselamatan muncul dan masih berada di sana, namun penutupan jalan di lokasi kejadian berlarutan tanpa penghujung.
Tiada penduduk tempatan yang membayangkan bahawa selepas setahun, kampung mereka masih lagi terbelah dua.
Pada asalnya, kerja itu diharap siap menjelang Disember 2025 —hadiah yang paling diinginkan oleh setiap penduduk dalam senarai Krismas mereka.
Namun kini, Majlis Daerah Surrey menyatakan, projek tersebut tidak akan siap sehingga musim bunga paling awal.
Tidak hairanlah penduduk yang sudah bosan kini bersikap skeptikal bahawa keadaan akan kembali normal dalam masa terdekat.
Malah bagi sesetengah pihak, segalanya sudah terlambat kerana kerosakan terhadap kehidupan dan mata pencarian mereka telah pun berlaku.
Keluarga-keluarga di situ terjerumus ke dalam kancah huru-hara pada awal Februari tahun lalu selepas tanah runtuh dan paip air utama pecah.
Hidup dalam ketidakpastian, mereka tidak tahu bila akan dibenarkan pulang atau adakah rumah mereka juga bakal ditelan bumi. – AGENSI

16 hours ago
7







![[VIDEO] Bibik dapat RM1,000, bos bagi angpau](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/angpau.jpeg)




![[VIDEO] Kulit gendang tarian singa, bolehkah orang Islam sentuh?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/gendang.jpeg)






![[VIDEO] ‘Hari-hari Aqil sebut nama Faisal Halim, akhirnya dapat jumpa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-17-at-1.00.37-PM.jpeg)





























