Sengit lima penjuru, siapa juara TTMM2?

14 hours ago 10
Lima peserta iaitu Cik B, Azeva, Anggrek, Kim Khairii dan Hussain berentap bagi merebut tahta juara TTMM2.
  • Oleh DIVA
  • 21 Jun 2026, 11:00 am

SEJAK 10 minggu lalu, macam-macam cerita sensasi muncul sepanjang Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bersiaran.

Musim kali ini memang lagi rumit berbanding TTMM1 tahun lalu, persaingan dari segi vokal dan persembahan lebih gila.

Paling banyak kali Diva dengar kali ini ialah ramai melabel TTMM2 sebagai permainan orang kaya disebabkan beberapa pesertanya berduit.

Malas nak rungkai lebih panjang tetapi pasti ramai ternanti-nanti siapa yang bakal memegang gelaran juara TTMM2.

Sama ada Hussain, Azeva, Cik B, Anggrek atau Kim Khairi. Tapi Diva dengar ramai mahu Hussain jadi juara.

Apa pun, keputusan di tangan pihak juri dan harap yang memang benar benar layak jadi juara.

DIVA: Janganlah jadi peminat yang seperti hamba artis. Artis buat salah pun sibuk nak ‘backup’.

Read Entire Article
Pertanian | | | |