Saya ada pengalaman paling bermakna bersama mommy, daddy – Fatima

6 hours ago 3

PETALING JAYA – Anak kepada selebriti terkenal, Nur Fatima Aisya berkongsi momen istimewa ketika meraikan sambutan Hari Kebudayaan di sekolah bersama ibu bapanya, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, kanak-kanak berusia enam tahun itu menzahirkan kegembiraan dapat membanggakan orang tuanya dengan mengadakan persembahan bersempena acara tersebut.

“Saya mempunyai pengalaman yang paling bermakna pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy (Nur Fazura) dan daddy
(Fattah).

“Saya telah membuatkan ibu bapa saya begitu bangga dengan persembahan saya.

“Saya juga sempat menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah-buahan untuk daddy,” tulisnya di laman sosial.

Fatima juga berjanji untuk melakukan persediaan rapi sebelum memasuki Tahun Satu pada 2026.

“Hari ini mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraf tangan saya di sekolah dan saya sangat teruja untuk terus belajar dengan lebih rajin sebagai persediaan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan peluang yang diberikan,” ujarnya.

Tentu sahaja kemunculan Nur Fazura dan Fattah pada majlis itu meraih perhatian ramai kerana memperlihatkan kesungguhan kedua-duanya terhadap pendidikan anak mereka.

Terdahulu, Fattah dan Fazura bergelar suami isteri pada 27 November 2017, namun ikatan mereka terlerai pada 7 Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Perkahwinan yang berlangsung selama tujuh tahun itu diserikan dengan kehadiran Fatima yang kini berusia enam tahun.

Selepas setahun menduda, Fattah mendirikan rumah tangga pula dengan penyanyi juga pelakon, Amira Othman pada 14 September 2025 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Jarir Umar pada 22 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |