PETALING JAYA – “Harga dan rumah dua-dua seram,” Itu antara ayat promosi yang mencuri perhatian netizen apabila sebuah iklan rumah lelong berhampiran kawasan perkuburan Cina di Taman Pinggiran Ukay, di sini, mula tular di media sosial hari ini.
Menerusi hantaran Ishaq Marazi, rumah tersebut terletak di No. 109, Jalan Pinggiran 5, Taman Pinggiran Ukay, 68000 Ampang, Selangor.
Ia ditawarkan pada harga lelongan sebanyak RM765,000 dengan sesi lelongan dijadualkan berlangsung pada 3 Disember depan.
Menerusi butiran yang dikongsi Ishaq, hartanah itu merupakan rumah teres dua tingkat pegangan bebas (freehold) jenis lot hujung (corner lot) dengan keluasan tanah kira-kira 3,660 kaki persegi.
Apa yang menjadikan iklan itu menarik dan mengundang pelbagai reaksi adalah cara ia dipasarkan sebagai pilihan menarik buat mereka yang ‘suka keseraman’ memandangkan rumah tersebut betul-betul terletak bersebelahan tanah perkuburan Cina.
“Harga dan rumah dua-dua seram. Sapa yang suka keseraman boleh cuba,” tulisnya.
Di ruangan komen, ada pengguna media sosial yang mengakui teruja dengan konsep ‘seram berbayar’ itu, namun tidak kurang juga yang bergurau kononnya perlu ‘kuat iman’ jika mahu mendiami kediaman tersebut dalam jangka masa panjang.
“Rumah ni dah ada penyewa, penyewa dari ‘alam sebelah’. Kena kuat iman kalau nak duduk rumah ni,” komen Hashim.
“Kalau beginilah buka tingkap buka pintu nampak kubur Cina, rasanya tak seram pun akan jadi seram,” komen Jahidah pula.
Sementara itu ada juga berkata harga ditawarkan tidak padan dengan keadaan rumah yang berada dalam keadaan uzur dan usang sehingga memerlukan kos baik pulih yang tinggi.
“Tak kisah sebelah kubur cina pun. Tapi harga tu seram. Rumah buruk yang kena banyak betulkan pun letak lebih 700 ribu,” komen Utin.
“Rumah tak seram, poket yang seram sejuk. Banyak modal nak baik pulih dari segi fizikal dan kena baik pulih juga bagi rumah yan dah lama ditinggalkan,” komen Nadhif. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
1






![[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.40.09-PM.jpeg)
![[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.18.37-PM.jpeg)






![[VIDEO] ‘Baru masuk kandang, aktif sangat berlari-lari’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-10.35.34-AM.jpeg)


































