Rumah, 4 kenderaan musnah dalam kebakaran

4 hours ago 5
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Terengganu, Chukai, Kemaman hari ini.
  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 7 Julai 2026, 9:08 pm

KEMAMAN – Sebuah rumah dan empat buah kenderaan termasuk sebuah motosikal hangus dijilat api dalam kebakaran di Kampung Besut, Chukai, di sini, hari ini.

Sewaktu kebakaran pada pukul 3.45 petang itu, kesemua penghuninya tiada di dalam rumah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Bomba Mohd. Hanif Che Khalid berkata, seramai 17 anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima maklumat pada pukul 3.49 petang.

“Kebakaran itu menyebabkan rumah terbabit musnah 90 peratus, begitu juga sebuah van jenis Nissan Vannette dan motosikal jenis Redza Velocita 250.

“Selain itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Naza Ria dan Proton Perdana masing-masing terbakar 50 peratus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Hanif berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran sebelum berjaya memadamkan sepenuhnya pada pukul 6.28 petang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |