Rizal Rickman dilantik Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB

2 hours ago 5

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelantikan Datuk Rizal
Rickman Ramli sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan yang baharu berikutan persaraan Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Abdul Rahman akan bersara daripada semua jawatan eksekutif setelah tamat kontrak dua tahun beliau bersama PNB, selepas kerjaya korporat yang cemerlang selama lebih 25 tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di beberapa syarikat terkemuka Malaysia, termasuk CIMB Group Holdings Bhd, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), Media Prima Bhd dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Tarikh akhir bekerja beliau secara rasmi adalah pada 31 Mei 2026.

Abdul Rahman

Rizal Rickman yang kini merupakan Timbalan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan, akan memegang peranan sebagai Pemangku Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan, sebelum pelantikan rasmi beliau sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB yang baharu berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.

Beliau memiliki lebih daripada lapan tahun pengalaman kepimpinan progresif
di PNB, termasuk mengetuai bahagian hartanah, pasaran persendirian, pelaburan
strategik dan pengurusan pengawasan pelaburan dan terkini sebagai Timbalan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan yang mana beliau bertanggung jawab di atas keseluruhan strategi dan operasi
Kumpulan.

Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan pelantikan Rizal Rickman, yang mencerminkan kejayaan pelaksanaan perancangan penggantian dalaman PNB yang berkesan.

“Pelantikan Rizal Rickman akan memastikan kesinambungan dan kestabilan kepimpinan ketika PNB terus melangkah kukuh bagi merealisasikan Pelan Strategik LEAP-6 serta merangka pertumbuhan masa depan sejajar denganmatlamat PNB untuk memperkasa kehidupan kewangan rakyat merentas
generasi.

“Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan warga kerja PNB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada  Abdul Rahman atas sumbangan beliau yang amat bernilai sepanjang lima tahun bersama PNB merentasi dua tempoh perkhidmatan,” jelas kenyataan. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |