Terajui pasaran lebih dua tahun, HONOR kekalkan takhta jualan tablet android di Malaysia

5 hours ago 4

KETIKA ini tablet bukan lagi sekadar peranti untuk menonton rancangan kegemaran semata-mata, sebaliknya semakin ramai rakyat Malaysia menggunakannya untuk menghadiri kelas, bekerja dan mencipta kandungan. 

Tambahan pula, dengan harga perkakasan storan yang semakin meningkat tahun ini turut menyebabkan harga komputer riba melonjak, ramai pelajar kini beralih kepada tablet sebagai pengganti kepada komputer untuk mengikuti kelas.

Menurut data terkini daripada International Data Corporation (IDC), HONOR terus menerajui pasaran tablet android Malaysia dengan syer pasaran sebanyak 32 peratus. 

Ini bermakna, bagi setiap tiga tablet android yang dibeli oleh rakyat Malaysia, satu daripadanya ialah tablet HONOR. 

Rekod ini berterusan dari suku kedua 2024 sehingga suku kedua 2026,  genap 27 bulan berturut-turut.

Pencapaian ini didorong oleh pengiktirafan pasaran yang kukuh merentas keseluruhan portfolio tablet HONOR, dari peringkat asas hingga mercu. 

Peranti yang paling menonjol ialah tablet mercu HONOR MagicPad 4, ia menawarkan pengalaman dwi-sistem operasi PC AI dan tablet 2 dalam 1.

Malah peranti ini mencatatkan jualan lebih dua kali ganda berbanding model terdahulu, menjadikannya tablet mercu HONOR yang paling laris setakat ini.

SIRI HONOR Pad 20 baharu bakal tiba di Malaysia.

Tablet kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia di mana pelajar menggunakannya untuk kelas dalam talian dan membuat nota.

Manakala golongan profesional menjadikannya alat produktiviti, keluarga menikmatinya untuk hiburan, dan golongan kreatif menggunakannya untuk meluaskan ruang kreativiti mereka. 

HONOR memahami pelbagai keperluan ini dengan menggabungkan prestasi berkuasa, jangka hayat bateri yang panjang, produktiviti bertaraf PC, ciri AI dan pengalaman multimedia premium ke dalam tabletnya dan semuanya ditawarkan  pada harga yang kompetitif.

Selain produk itu sendiri, HONOR turut meruntuhkan batasan antara peranti. 

Ketersambungan lancar merentas telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai bukan lagi sesuatu yang baharu.

HONOR kini melangkah lebih jauh dengan meluaskan pengalaman ini kepada Mac dan iPhone, membolehkan pengguna menikmati pengalaman lancar tanpa terikat kepada satu ekosistem sahaja.

Berdasarkan kejayaan HONOR Pad 10, Siri HONOR Pad 20 baharu bakal tiba di Malaysia. 

Generasi ini membawa peningkatan ketara dari segi kualiti paparan, ciri produktiviti AI, prestasi, kapasiti bateri dan sistem audio.

Ia hadir dengan matlamat yang jelas, iaitu  membantu pengguna menyiapkan lebih banyak kerja dengan cekap sambil menikmati hiburan sepenuhnya, di mana-mana sahaja.

Kini semakin ramai yang tidak mahu lagi membayar untuk komputer riba dengan keupayaan terhad, terutamanya pelajar universiti, golongan muda profesional dan pengguna dengan keperluan produktiviti yang lebih ringan.

Mereka menjadikan tablet sebagai alternatif sebenar kepada komputer riba. 

Dilengkapi PC Mode dan pelbagai ciri produktiviti, Siri HONOR Pad 20 bertujuan membolehkan satu tablet sahaja menguruskan pembelajaran, kerja, kreativiti dan hiburan, tanpa perlu membawa komputer riba tambahan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |