Rancang percutian musim panas di Jumeirah Olhahali Island, Maldives

2 hours ago 3

PETALING JAYA – Melancong ke Maldives pastinya menjadi salah satu impian kebanyakan rakyat Malaysia apatah lagi apabila ia sering dipadankan dengan destinasi percutian untuk berbulan madu kepada pasangan pengantin baharu, keluarga muda atau buat pasangan kekasih, sesuai untuk keluarga serta pasangan warga emas.

Sesiapa sahaja boleh berkunjung ke Maldives untuk menikmati pelbagai pengalaman percutian untuk menambah lagi diari penerokaan mengikut keperluan dan bajet masing-masing.

Pastinya pelbagai pakej percutian dengan pelbagai aktiviti menarik riadah, dan santai berkonsepkan pantai, lautan, berenang serta aktiviti lain dengan pemandangan unik sering diwar-warkan dalam platform media sosial menjadikan ia semakin tular dalam kalangan peminatnya dari seluruh dunia.

Ramai juga kini mengintai peluang untuk membeli tiket penerbangan ke Maldives bagi merealisasikan impian percutian masing-masing, apatah lagi pada musim yang bersesuaian.

Oleh itu, salah satu destinasi percutian mewah, santai dan begitu bermakna, Jumeirah Olhahali Island yang  tampil dengan edisi musim panas melalui program terbaharunya bersempena edisi musim panas iaitu From Seasons to Stories.

Edisi istimewa yang padat dengan pelbagai program dan aktiviti sedang berlangsung dari sekarang hingga 30 September 2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program tersebut telah direka khusus untuk keluarga, pasangan, dan kumpulan pengembara daripada pelbagai generasi untuk memenuhi memori percutian di resort tersebut.

“Berlatarbelakangkan keindahan semula jadi Maldives, para tetamu dijemput untuk memperlahankan rentak kehidupan tetapi lebih fokus untuk mengeratkan hubungan dengan insan tersayang.

“Mereka boleh menikmati pengalaman kulinari bersama yang mana terdapat beberapa acara seperti Junior Beach Kitchen akan berlangsung pada 11 Julai, 11 Ogos dan 11 September ini manakala aktiviti  Embers by the Shore (30 Jun, 30 Julai, 27 September) bakal menjanjikan sesi barbeku santai di tepi pantai,” jelasnya.

Bagi penggemar spa pula, mereka boleh merihatkan minda dan badan di Talise Spa selain menganjurkan  program Golden Hour Family Rituals yang akan menggabungkan aktiviti pergerakan waktu subuh, eksplorasi persisiran pantai, dan sarapan di vila.

“Tetamu juga boleh menyertai sesi kecergasan matahari terbit dan terbenam, latihan peribadi, serta tenis tepi pantai bersama jurulatih residen terlatih,” jelasnya.

Pengunjung resort itu juga boleh mengisi masa di Studio Seni MURACA yang mana di situ, tetamu boleh mencungkil bakat seni dengan aktiviti seperti Studio Lukisan Seramik, bengkel tembikar, dan lukisan kanvas keluarga yang membolehkan mereka membawa pulang cenderahati bermakna itu.

Selain itu, aktiviti yang amat disukai pelancong ke Maldives juga adalah meneroka keajaiban lautan yang mana pihak resort turut menyediakan pelbagai  acara seperti Turtle Discovery TalkMarine Scavenger Hunts, dan Junior Reef Explorers yang akan memberi peluang kepada tetamu  mendalami biodiversiti laut Maldives yang kaya sambil mencipta memori keluarga yang kekal abadi. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |