Rai Ramadan, Aidilfitri dengan kempen Resipi Dari Hati MFM

10 hours ago 4

Malayan Flour Mills Berhad (MFM) dengan bangganya memperkenalkan kempen ‘Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini’ sempena meraikan kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri.

Kempen itu juga menjadi satu bentuk penghargaan kepada resipi tradisi yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk menekankan kepentingan memelihara resipi keluarga, mengeratkan hubungan antara generasi dan meraikan budaya berkongsi hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang secara turun-temurun.

Mewarisi resipi sebagai tradisi keluarga adalah salah satu elemen utama dalam budaya Malaysia.

Sehubungan itu, kempen ‘Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini’ menggalakkan setiap keluarga untuk menyelak semula buku resipi lama dan mencipta kenangan baharu melalui pengalaman memasak yang dapat dikongsi bersama.

Sama ada menyajikan hidangan yang diwarisi turun temurun atau dengan sentuhan moden pada resipi klasik, setiap sajian memaparkan kisah warisan dan kasih sayang.

Bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai warisan masakan mereka, MFM berkongsi resipi kegemaran yang wajib dicuba iaitu kuih bahulu cheesecake yang merupakan gabungan moden dan klasik yang menyatukan inovasi dan warisan.

Kuih Bahulu Cheesecake

Bahan-Bahan:
• 200g Tepung Gandum Cap Ros
• 100g Krim Keju
• 3 Biji Telur
• 100g Gula
• 2g Esen Vanila
• 8g Serbuk Penaik
Cara penyediaan:
1. Kacaukan telur dengan gula sehingga sebati, kemudian tambah krim keju dan esen vanila
2. Masukkan tepung dan gaul secara perlahan-lahan
3. Tuang ke dalam acuan bahulu dan bakar pada suhu 180 darjah Celsius (350°F) selama 10 hingga 12 minit

Read Entire Article
Pertanian | | | |